Rabu, 24 April 2013

Pelangi yang indah, muncul selepas hujan.

Assalamualaikum

Entry sebelum ni aku ada cakap aku dengan orang lain. Ya. Aku dengan orang lain. Bukan dengan "kande" aku tu dulu. "Kande" aku tu dulu dah dengan orang lain. Orang lain tu kawan aku jugak. Budak kelas aku masa Form 1. Terima kasih kepada kawan aku tu sebab ambil dia. Dan aku tak kisah pun. At least 'kande' aku tu tak menunggu aku lagi. Sebab aku tahu ada yang lebih baik menanti aku.

Pelangi yang indah muncul selepas hujan. 

Dan pelangi ni muncul, setelah macam-macam yang aku lalui. Serius. Kadang-kadang aku serik jugak. Rasa macam loser. Every sem mesti ada pengganti. Tapi Alhamdulillah. Dah dua sem aku dengan dia nak masuk tiga sem kalau cuti ni habis. Aku akui.. Hubungan mana yang tak ada manis dan pahitnya. Aku dah rasa semua tu dengan dia.

Macam mana aku kenal dia? Er malam sebelum birthday aku, kiranya 27hb 1 tahun 2012. Masa tu aku temankan housemate aku Wawa, pergi dating dengan dengan 'teman tapi mesra' dia tu dekat outdoor gym. Outdoor gym ni bawah dia ada court futsal. Masa tu aku tengok budak-budak lelaki main futsal. 'Wash Eye' lah katakan. Haha. Tetiba kawan yang tak berapa kenal tu tegur aku. Hafizan atau nama famous dia, Pjan Garcia. hekhek. Mati aku kalau Pjan baca blog aku. Part yang paling best, sebelah pjan tu ada kawan dia. hewhew.  


Dalam hati aku, "Hensem jugak mamat ni. Siapa dia ha? Tak pernah nampak pun?. Part berapa?.". Sekali si Wawa ni datang. Dia pergi tanya budak dua orang tu dan tahu lah nama dia. hehe. Wawa pun Add lah dia dekat facebook.Dan dia pun chat lah dengan wawa. Aku pulak menyebuk tengok Wawa chat dengan siapa, dan hehe... Aku pergi add dia dekat facebook pulak. Dia terima friend request aku. OMG! OMG! haha.

Dah birthday aku kan. Mestilah dia wish. Yang aku ingat lah kan. dia wish bunyinye lebih kurang macam ni. "Macam kenal. Happy birthday". Tapi, semua tu takat tu jelah. Aku jelah kut suka dekat dia. Kita orang tak berhubung pun lepas birthday aku tu.


err. Rasa ngantuk. Esok lusa aku sambung lagi. haha.



p/s: I Miss You FF.














0 rasa cinta:

Catat Ulasan