Assalamualikum
Meh aku nak cite sikit. Tadi aku pergilah carik Periodic Table dekat incik Google. Cari punya cari, then aku tertariklah dekat yang ade warna2 nihh ##tengok atas. Aku pun dengan teruja nak pergi print.
AKU : Mak, printer nihh ade color tak?
MAK : Tak ade. Ina nak buat apa?
AKU : Nak print nihh haa. Periodic Table a.k.a jadual berkala (sambil tunjuk Periodic Table dari jauh. )
MAK : Ouhh. Warna tak ada. Yang ada hitam je. Tak payah lah print jadual berkale. Buat ape nak print jadual berkale.
AKU : Yeke! baru ingat nak pergi print then liminate. Ina punya jadual dah hilang.
MAK : Print jelah hitam.
AKU : Tak best mak. Nanti tak ade mood nak belajar (padahal sebelum nihh punya hitam jugak tulisan.hikhikhik)
MAK : Jadual je pun kalau hitam tak apa lah. Tunjuk waktu jehh.
AKU : Hah? Sah. mak dah salah faham . Jadual Berkala lah mak bukan BerColor ##warna. Ini untuk subjek Kimia nanti. Jadual nih tunjukkan elemen ade dalam group mane. Macam Helium ke Calcium ke.
MAK : ouhh..
HAHAHAHA. Terbahak-bahak aku gelak kan mak aku. Ada ke salah faham. Aku cakap Berkala. Mak aku fikir kaler warna tuhh. Aku ingat kan mak aku faham apa aku cakap. Masa mak aku tengah becakap tuhh aku tak kisah sangat lah dye sebut 'kale'. Yelah. Awok duduk dekat dengan Perak. Oghang Peghak selalu tukar 'A' kepade 'E' bile bercakap. Hah! macam awok tengah cakap nih. hehe.
MAK: eh! betullah mak cakap Berkaler, kan banyak warna kat jadual Ina tuh.
FINEE! terus aku terdiam. haha. Cakap nak menang aje mak aku nihh. So, sape yang kawan dengan aku tuh sila faham aku ikut Genetik mana kalau berlawan cakap. muahaha ##KEJI
0 rasa cinta:
Catat Ulasan